kali ini saya akan menyampaikan tentang "10 Sahabat yang di jamin masuk surga" berikut Firman tentang 10 sahabat yang di jamin masuk surga :
"Dan orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk islam) di antara orang-orang muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah SWT ridho kepada mereka dengan mereka dan ridho kepada Allah SWT. Allah SWT telah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang agung" (Qs. At-Taubah : 100 )
Berikut nama-naa sahabat yang di jamin masuk surga (Asratul Kiraam)
1. Abu-Bakar As-siddiq ra.
2. Umar Bin Khattab ra.
3. Utsman Bin Affan ra.
4. Ali Bin Abi Thalib ra.
5. Thalhah Bin Ubaidillah ra.
6. Zubair Bin Awwam ra.
7. Sa'ad Bin Abi Waqqash ra.
8. Sa'id Bin Zaid ra.
9. Abdurrahman bin Auf ra.
10. Abu Ubaidah Bin Jarrah ra.
Berikut riwayat tentang salah satu sahabat Rasul Saw
Abu
Bakar As-Siddiq ra.
Nama
Abu Bakar As-Siddiq radhiallahu'anhu tidaklah asing lagi bagi umat Islam, baik
dahulu maupun sekarang. Dialah manusia yang dianggap paling agung dalam sejarah
Islam sesudah Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam. Kemuliaan akhlaknya,
kemurahan hatinya dalam mengorbankan harta benda dan kekayaannya,
kebijaksanaannya dalam menyelesaikan masalah umat, ketenangannya dalam
menghadapi kesukaran, kerendahan hatinya ketika berkuasa serta tutur bahasanya
yang lembut lagi menarik adalah sukar dicari bandingannya baik dahulu maupun
sekarang. Dialah tokoh sahabat terbilang yang paling akrab dan paling disayangi
oleh Rasulullah.
Nama
sebenar Abu Bakar As-Siddiq adalah Abdullah Bin Qahafah. Sebelum Islam, beliau
adalah seorang saudagar yang sangat kaya serta datang dari keluarga bangsawan
yang sangat dihormati oleh masyarakat Quraisy. Bahkan sebelum memeluk Islam,
Abu Bakar telah terkenal sebagai seorang pembesar Quraisy yang tinggi akhlaknya
dan tidak pernah meminum arak sebagaimana yang lazimnya dilakukan oleh
pembesar-pembesar Quraisy yang lain.
Dari
segi umur, Abu Bakar radhiallahu'anhu adalah dua tahun lebih muda dari
Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam dan telah menjalin persahabatan yang
akrab dengan baginda Rasul lama sebelum Rasulullah menjadi Rasul. Beliaulah
tokoh sahabat besar yang dianggap paling banyak sekali berkorban untuk
menegakkan agama Islam di samping Nabi Muhammad Shalallahu 'Alaihi Wasallam.
Kerana besarnya pengorbanan beliau itulah Rasulullah Shalallahu 'Alaihi
Wasallam pernah mengatakan bahawa Islam telah tegak di atas harta Siti Khadijah
radhiallahu'anha dan pengorbanan Abu Bakar radhiallahu'anhu Adapun gelaran
As-Siddiq yang diberikan kepadanya itu adalah kerana sikapnya yang selalu
membenarkan apa pun perkataan maupun perbuatan Nabi Muhammad Shalallahu 'Alaihi
Wasallam. Dalam hal ini kita petik suatu kisah seperti yang diriwayatkan oleh
Ibnu Mas'ud radhiallahu'anhu yang dicenitakan sendiri kepadanya oleh Abu Bakar,
tentang bagaimana Abu Bakar memeluk agama Islam.
Kata
Abu Bakar radhiallahu'anhu ketika menceritakan suatu kisah mengenai dirinya
kepada Ibnu Mas'ud, "Aku pernah mengunjungi seorang tua di negeri Yaman.
Dia rajin membaca kitab-kitab dan mengajar banyak murid. Dia berkata kepadaku:
"Aku
kira tuan datang dari Tanah Haram.
"Benar,
“jawabku.
"Aku
kira tuan berbangsa Quraisy?”
"Benar,”
ujarku lagi.
"Dan
apa yang aku lihat, tuan dari keluarga Bani Taiyim?”
"Benarlah
begitu,” tambahku selanjutnya.
Orang
tua itu terus menyambung, katanya, "Ada satu lagi hal yang hendak aku
tanyakan dari tuan, yaitu tentang diri tuan sendiri. Apakah tak keberatan jika
aku lihat perutmu?
Maka
pada ketika itu aku pun berkata, "Aku keberatan hendak memperlihatkan
selagi tuan tidak nyatakan kepadaku perkara yang sebenarnya.
Maka
ujar orang tua itu, "Aku sebenarnya melihat dalam ilmuku yang benar bahawa
seorang Nabi Allah akan diutus di Tanah Haram. Nabi itu akan dibantu oleh dua
orang sahabatnya, yang seorang masih muda dan seorang lagi sudah separoh umur.
Sahabatnya yang muda itu berani berjuang dalam segenap hati dan menjadi
pelindungnya dalam kesusahan. Sementara yang separoh umur itu putih kulitnya
dan berbadan kurus, ada tahi lalat di perutnya dan ada suatu tanda di paha
kirinya. Apalah salahnya kalau tuan perlihatkan kepadaku.
Maka
sesudah dia berkata itu aku pun membuka pakaianku lalu orang tua itu pun
melihatlah tahi lalat hitam di atas bahagian pusatku seraya berkata, "Demi
Tuhan yang menguasai Kaabah, tuanlah orangnya itu!
Kemudian
orang tua itu pun memberi sedikit nasihat kepadaku. Aku tinggal di Yaman untuk
beberapa waktu kenana mengurusi perniagaanku dan sebelum meninggalkan negeri
itu aku sekali lagi pergi menemui orang tua tersebut untuk mengucapkan selamat
tinggal kepadanya. Kemudian dia lalu bertanya, "Bolehkah tuan menyampaikan
beberapa rangkap syairku?
"Boleh
sahaja, “jawabku.
Setelah
itu aku pun membawa pulang syair-syair itu ke Mekah. Setibanya aku di Mekah,
para pemuda bergegas datang menemuiku seraya berkata, "Adakah engkau tahu
yang sudah terjadi? Maka ujarku pula, "Apakah yang terjadi itu?
Jawab
mereka, "Si yatim Abu Talib kini mengaku menjadi Nabi! Kalaulah tidak
mengingat engkau hai Abu Bakar, sudah lama kami selesaikan dia. Engkaulah
satu-satunya yang kami harapkan untuk menyelesaikannya.
Kemudian
aku pun meminta mereka pulang dahulu sementara aku sendiri pergi menemui
Muhammad. Setelah menemuinya aku pun mengatakan, "Wahai Muhammad, kau
telah mencemarkan kedudukan keluargamu dan aku mendapat kabar bahwa kau
terang-terang telah menyeleweng dari kepercayaan nenek moyang kita.
Maka
ujar baginda, "Bahwa aku adalah Pesuruh Allah yang diutuskan untukmu dan
untuk sekalian ummat!
Aku
pun betanya kepada baginda, "Apa buktinya?
Jawabnya,
"Orang tua yang engkau temui di Yaman tempo hari.
Aku
menambah lagi, "Orang tua yang mana satukah yang kau maksudkan karena
banyak orang tua yang aku temui di Yaman itu?
Baginda
menyambung, "Orang tua yang mengirimkan untaian syair kepadamu!
Aku
terkejut mendengarkannya lalu bertanya, "Siapakah yang telah
memberitahumu, wahai sahabatku?
Maka
ujar baginda, "Malaikat yang pernah menemui Nabi-nabi sebelumku.
Akhirnya
aku berkata, "Ulurkanlah tanganmu, bahwa dengan sesungguhnya aku bersaksi
tiada Tuhan yang kusembah melainkan Allah, dan dirimu (Muhammad) sebenarnya
Pesuruh Allah.
Demikianlah
kisah indah yang meriwayatkan bagaimana Islamnya Abu Bakar. Dan memanglah
menurut riwayat beliau merupakan lelaki yang pertama yang beriman kepada
Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam
Keislaman
Saiyidina Abu Bakan As-Siddiq R.A. telah membawa penganuh besar di kalangan
kaum bangsawan Quraisy kerana dari pengaruh keislamannya itulah maka beberapa
orang pemuda bangsawan Quraisy seperti Saiyidina Uthman Bin Affan, Abdul Rahman
Bin Auf, dan Saad Bin Waqqas menuruti jejak langkahnya. Semenjak beliau memeluk
Islam, Saiyidina Abu Bakan R.A. telah menjadi pembela Islam yang paling utama
serta seorang sahabat yang paling akrab serta paling dicintai oleh Rasulullah
Shalallahu 'Alaihi Wasallam Sebagai memperlihatkan kecintaan baginda terhadap
Saiyidina Abu Bakar R.A., dapat kita ketahui dan satu dialog yang terjadi
antara baginda Rasul dengan Amru Bin Al As. Amru seorang sahabat Rasulullah
Shalallahu 'Alaihi Wasallam pernah suatu hari menanyakan Rasul, "Siapakah
di antara manusia yang paling tuan sayangi? Baginda menjawab, "Siti
Aisyah, dan kalau laki-laki adalah bapanya.
Selain
daripada itu Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq R.A. adalah seonang sahabat yang
terkenal kerana keteguhan imannya, cendas akal, tinggi akhlak, lemah lembut dan
penyantun. Rasulullah S.A.W. pernah menyanjungi sahabatnya itu dengan sabdanya,
"Jika ditimbang iman Abu Bakar As-Siddiq dengan iman sekelian ummat maka
berat lagi iman Abu Bakar. Demikian teguhnya iman Saiyidina Abu Bakar R.A. demi
apakala kita memperhatikan pengertian yang terkandung pada sabda Rasulullah
Shalallahu 'Alaihi Wasallam mengenai dirinya itu. Gelaran AlSiddiq yang
dibenikan orang terhadap diri Saiyidina Abu Bakar R.A. adalah lantaran
memandang sikap serta pendiriannya yang teguh dalam membenarkan serta membela
diri Rasulullah S.A.W. Andainya sekelian ummat manusia akan mendustakan
Muhammad Shalallahu 'Alaihi Wasallam Abu Bakar R.A. akan pasti pula tampil
dengan penuh keyakinan untuk membelanya.
Tidak
beberapa lama setelah memeluk agama Islam, Saiyidina Abu Bakar yang terkenal
sebagai saudagar yang kaya itu telah meninggalkan perdagangannya dan
meninggalkan semua usaha peribadi lain-lainnya lalu menyerahkan segenap
kekayaan dan jiwa raganya untuk melakukan penjuangan menegakkan Islam bersama
Nabi Muhammad Shalallahu 'Alaihi Wasallamsehingga oleh kerana kegiatannya maka
Agama Islam mendapat kemegahan dengan Islamnya beberapa pemuda Quraisy yang
lain seperti yang telah disebutkan itu. Beliau telah mengorbankan seluruh hanta
bendanya untuk menebus orang-orang yang ditawan, orang-orang yang ditangkap
atau disiksa. Selain danpada itu beliau juga telah membeli hamba-hamba yang
kemudian dimerdekakannya. Salah seorang hamba yang dibelinya lalu kemudian
dibebaskan yang paling terkenal dalam sejarah ialah Bilal Bin Rabah.
Tatkala
Nabi Muhammad selesai melakukan Isra' dan Mikraj segolongan orang yang kurang
mempercayai apa yang telah dikhabarkan Rasulullah Shalallahu 'Alaihi
Wasallamtelah pergi menemui Saiyidina Abu Bakan R.A. untuk mendengarkan apa
pendapatnya tentang dakwaan Muhammad S.A.W. itu. Tujuan kedatangan mereka
mendapatkan Abu Bakar R.A. tidak lain dengan prasangka tentunya Abu Bakar R.A.
kali ini akan mendustakan kisah yang tidak masuk akal pada fikiran mereka itu.
Setelah pertanyaan itu disampaikan kepada Abu Bakar R.A. lalu beliau pun
berkata, "Adakah Muhammad berkata begitu? Sahut mereka, "Benar! Maka
ujar Saiyidina Abu Bakar R.A. "Jika Muhammad berkata begitu maka sungguh
benarlah apa yang diceritakan itu. Lalu mereka pun terus menyambung,
"Engkau percaya hai Abu Bakar bahawa Muhammad sampai ke tanah Syam lebih
sebulan perjalanan pulang, di malam semalam tadi? Maka sahut Abu Bakar
sungguh-sungguh, "Benar! Aku percaya! Malah lebih dari itu aku percaya
kepadanya. Aku percaya akan berita dari langit yg diberitakannya baik pada waktu
siang mahupun di waktu malam! Demikian hebatnya sambutan sahabat yang paling
utama itu. Kerana tegas dan teguhnya iman beliau terhadap agama yang dibawa
oleh Muhammad dan terhadap apa yang dikhabarkan oleh baginda maka beliau telah
diberi oleh Rasulullah S.A.W. dengan gelaran As-Siddiq, entinya yang benar.
Dan
memanglah tidak menghairankan sekali sikap Abu Bakar itu. Beliau telah kenal
akan Muhammad Shalallahu 'Alaihi Wasallam bukan sehari dua, melainkan sudah
boleh dikatakan seumur manusia. Beliau tahu bahawa sahabatnya itu berkata
benar, tak pernah bohong; orang amin. Mustahil baginda akan khianat kepada
pengikutnya yang pencaya kepadanya. Beliau mengimani sahabatnya itu Pesuruh
Allah Yang Maha Kuasa, menerima wahyu danipada Tuhannya. Beliau sudah bertahun-tahun
mengikutkan petunjuk yang diwahyukan oleh Allah kepada sahabatnya itu maka
telah teguhlah iman dalam hatinya.
Tatkala
keadaan kekejaman orang-orang musynikin Quraisy terhadap kaum Muslimin yang
sedikit jumlahnya di Mekah semakin hebat dan membahayakan, Nabi Muhammad
Shalallahu 'Alaihi Wasallam telah mengadakan permusyuaratan di rumah Saiyidina
Abu Bakar R.A. untuk mencari jalan keluar daripada kesulitan yang sedang
dihadapi oleh pihak kaum Muslimin. Ketika itulah Rasulullah Shalallahu 'Alaihi
Wasallam menjelaskan kepada Saiyidina Abu Bakar R.A. bahawa Allah S.W.T. telah
memerintahkan baginda supaya melakukan hijrah ke Madinah serta meminta
Saiyidina Abu Bakar R.A. supaya menemaninya dalam peristiwa hijrah tersebut.
Dengan perasaan gembira tanpa sedikit kebimbanganpun Saiyidina Abu Bakar R.A.
menyambut permintaan Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam
Dari
pintu belakang rumah Saiyidina Abu Bakar R.A. Rasulullah Shalallahu 'Alaihi
Wasallam bersama-sama Saiyidina Abu Bakar menuju ke Gunung Tsaur dan
bersembunyi di gua yang diberi nama Gua Tsaur. Pada saat suasana amat kritis,
Saiyidina Abu Bakar R.A. diserang rasa kegelisahan dan cemas kerana khuatir
kalau-kalau musuh dapat mengetahui di mana Rasulullah sedang bensembunyi, maka
pada saat itu turun ayat suci Al Quran dari Surah Taubah yang isinya memuji
Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq, sebagai orang kedua sesudah Nabi Shalallahu
'Alaihi Wasallam dalam Gua Tsaur. Dalam pada itu Rasulullah Shalallahu 'Alaihi
Wasallam pun mengerti akan situasi dan kegelisahan sahabatnya itu yang oleh
kerananya Rasul berkata, "Apakah yang menggelisahkanmu, bukankah Allah
menemani kita?
Kemudian
Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam, diriwayatkan berkata selanjutnya untuk
menghilangkan kebimbangan Saiyidina Abu Bakar, "Kiranya mereka masuk juga
ke dalam gua ini kita masih dapat melepaskan diri dari pintu belakang itu, ujar
Rasul sambil menunjukkan ke belakang mereka. Saiyidina Abu Bakar R.A. pun
menoleh ke belakang. Betapa terkejutnya beliau bila dilihatnya pintu belakang
yang ditunjuk oleh Rasul itu, padahal pintu tersebut tadinya tidak ada sama
sekali. Sebenarnya kebimbangan Abu Bakar R.A. tatkala di dalam gua itu bukanlah
kerana takutkan nyawanya akan diragut oleh pihak musuh tetapi yang lebih
dibimbangkannya ialah keselamatan jiwa baginda Rasul. Beliau pernah berkata,
"Yang saya bimbangkan bukanlah mengenai diri saya sendiri, kalau saya terbunuh,
yang tewas hanyalah seorang manusia biasa. Tapi andaikata tuan sendiri dapat
dibunuhnya maka yang akan hancur ialah satu cita-cita yang suci murni. Yang
akan runtuh ialah keadilan dan yang akan tegak pula ialah kezaliman.
Ucapan
antara dua orang sahabat tatkala dalam gua itu ada tersebut dalam Al Quran
dalam Surah At-Taubah ayat 40: "Kalau kamu tidak menolongnya (Muhammad)
ketika dia diusir oleh orang-orang kafir (dan kampung halamannya), dalam
keadaan berdua orang sahaja di dalam suatu gua, Di kala itu dia (Muhammad)
berkata kepada sahabat karibnya (Abu Bakar): Jangan engkau berdukacita;
sesungguhnya Tuhan bersama kita. Tuhan menurunkan ketenanganNya kepadanya, dan
dikuatkannya dengan tentera yang tidak kamu lihat. Dan Tuhan menjadikan
perkataan orang yang kafir itu paling rendah dan perkataan Tuhan itu yang amat
tinggi. Dan Tuhan Maha Kuasa dan Bijaksana.
Demikian
satu lagi keistimewaan Saiyidina Abu Bakar AL Siddiq sebagai seorang sahabat
yang sama-sama mengalami kesukaran dan kepahitan bersama-sama Rasulullah dalam
menyampaikan seruan Islam. Saiyidina Abu Bakar R.A. tidak bercerai jauh dengan
baginda Rasul sepanjang hidupnya dan menyertai semua peperangan yang dihadapi
oleh baginda. Beliau bukan sahaja berjuang menegakkan Agama Islam dengan segenap
jiwa raganya bahkan juga dengan harta kekayaannya. Sungguh beliaulah yang
paling banyak sekali berkorban harta untuk menegakkan Agama Islam. Bahkan
seluruh kekayaannya telah habis dipergunakannya untuk kepentingan penjuangan
menegakkan kalimah Allah. Di kalangan para sahabat beliaulah tergolong orang
yang paling murah hati dan dermawan sekali.
Dalam
Perang Tabuk misalnya, Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam telah meminta
kepada sekelian kaum Muslimin agar mengorbankan hartanya pada jalan Allah. Tiba-tiba
datanglah Saiyidina Abu Bakar R.A. membawa seluruh harta bendanya lalu
meletakkannya di antara dua tangan baginda Rasul. Melihat banyaknya harta yang
dibawa oleh Saiyidina Abu Bakar R.A., bagi tujuan jihad itu maka Rasulullah
S.A.W. menjadi terkejut lalu berkata kepadanya:
"Hal
sahabatku yang budiman, kalau sudah semua harta bendamu kau korbankan apa lagi
yang akan engkau tinggalkan buat anak-anak dan isterimu?
Pertanyaan
Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam itu dijawab oleh Saiyidina Abu Bakar
As-Siddiq dengan tenang sambil tersenyum, ujarnya. "Saya tinggalkan buat
mereka Allah dan RasulNya.
Demikianlah
kehebatan jiwa Saiyidina Abu Bakar AlSiddiq, suatu contoh kemurahan hati yang
memang tidak dijumpai bandingannya di dunia. Memandangkan besarnya pengorbanan
beliau terhadap Islam maka wajarlah kalau Rasulullah bersabda bahawa tegaknya
Agama Islam itu adalah lantaran hanta benda Siti Khadijah dan juga Saiyidina
Abu Bakar As-Siddiq. Tepatlah juga tatkala baginda bersabda bahawa kiranya iman
seluruh ummat ditimbang bersama iman Saiyidina Abu Bakar R.A. maka berat lagi
iman Saiyidina Abu Bakar R.A. Beliau memang manusia luar biasa kebesarannya
yang telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T. untuk menjadi teman akrab Rasulullah
Shalallahu 'Alaihi Wasallam
Pada
suatu ketika di saat Rasulullah membaca khutbah yang antara lain menyatakan
bahawa kepada seseorang hamba Allah ditawarkan untuk memilih dunia dan memilih
ganjaran yang tersedia di sisi Allah, dan hamba Allah tersebut tidak akan
memilih dunia, melainkan memilih apa yang tersedia di sisi Tuhan... Maka ketika
meƱdengar khutbah Nabi demikian itu Saiyidina Abu Bakar R.A. lalu menangis
tersedu-sedu, kenana sedih dan terharu sebab beliau mendengar dan mengerti
bahawa yang dimaksud dalam isi khutbah tersebut ialah bahawa umur kehidupan
Rasul di dunia ini sudah hampir berakhir. Demikian kelebihan Saiyidina Abu
Bakar R.A. di- banding dengan para sahabat yang lain kerana beliaulah yang
mengetahui bahawa umur Rasul hampir dekat.
Keunggulan
beliau dapat dilihat dengan jelas selepas wafatnya Rasulullah S.A.W. di kala
mana ummat Islam hampir-hampir menjadi panik serta tidak percaya kepada
kewafatannya. Bahkan sahabat besar Saiyidina Umar Al Khattab sendiri telah
diselubungi kekacauan fikiran dan tampil ke muka umum sambil mencabar dan
mengugut sesiapa sahaja yang berani mengatakan baginda telah wafat. Ujar Umar
r.a., "Rasulullah tidak wafat, dia hanya pergi menghadap Allah sahaja
seperti perginya Nabi Musa yang telah menghilangkan diri dan kaumnya selama empat
puluh hari, kemudian pulang semula kepada kaumnya setelah diheboh-hebohkan
wafatnya.
Ketika
kegawatan itu berlaku Saiyidina Abu Bakar sedang berada di suatu kampung
Al-Sunnah. Tatkala berita kewafatan Rasulullah itu sampai kepadanya, beliau
dengan segera menuju ke Madinah. Di sana beliau dapati ramai orang sedang
benkumpul mendengarkan pidato Saiyidina Umar Al Khattab tadi. Tanpa
lengah-lengah lagi Saiyidina Abu Bakar terus ke rumah puterinya Siti Aisyah dan
di sanalah beliau dapati tubuh Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam terbujur
di satu sudut rumah. Beliau lantas membuka wajah Rasulullah dan mengucupkannya,
sambil benkata, "Wahai, betapa cantiknya engkau ketika hidup dan betapa
cantiknya engkau ketika mati! Kemudian beliau pun keluar mendapatkan orang ramai
yang sedang dalam panik itu lalu berkata dengan nada yang keras:
"Wahai
kaum Muslimin! Barang siapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati.
Tetapi barang siapa yang menyembah Allah maka Allah selama-lamanya hidup tidak
mati. Seraya menyambung membacakan sepotong ayat dari Al Qur'an:
"Muhammad
itu tidak lebih dari seorang rasul seperti rasul-rasul yang terdahulu darinya.
Jika ia mati atau terbunuh patutkah kamu berundur ke belakang. Sesiapa yang
surut ke belakang, dia tidak akan membahayai Allah sedikit pun dan sesungguhnya
Allah akan memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur.
Sejurus
sahaja mendengar ayat itu, Saiyidina Umar Al Khattab pun terus rebah hingga
barulah beliau dan orang ramai Islam yang telah mendengar pidatonya tadi
mendapat kepastian bahawa Rasulullah sudah wafat. Kaum Muslimin tentunya telah
pernah dengar ayat ini sebelumnya, kerana ayat itu telah turun semasa
peperangan Uhud, ketika Rasulullah S.A.W. telah diberitakan mati terkorban dan
menyebabkan banyak pejuang-pejuang Islam berundur ke Madinah. Tetapi mereka
tidaklah memahami maksud ayat ini seperti yang difahami oleh Saiyidina Abu
Bakar R.A. Ini jelas membuktikan kecerdasan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq dalam
memahami Islam.
Ketika
Rasulullah S.A.W. wafat, baginda memang tidak meninggalkan pesan tentang siapa
yang patut menggantikan baginda sebagai Khalifah ummat Islam. Tetapi setelah
lama berbincang kaum Muslimin dengan suara ramai memilih Saiydina Abu Bakar
As-Siddiq sebagai Khalifah setelah namanya itu dicalunkan oleh Saiyidina Umar
Ibnul Khattab R.A. Pemilihan ini tentulah tepat sekali kerana pada pandangan
kaum Muslimin memang beliaulah yang paling layak sekali memegang kedudukan itu
memandangkan kelebihan-kelebihannya dari para sahabat yang lain. Apatah lagi
beliaulah yang pernah ditunjuk oleh baginda Rasul semasa hayatnya untuk
menggantikan baginda sebagai imam sembahyang tatkala baginda sedang uzur.
Setelah
dipilih oleh sebahagian besar ummat ketika itu Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq
pun memberikan ucapannya yang terkenal yang antara lainnya baginda berkata:
"Wahai sekelian
ummat! Aku telah dipilih menjadi pemimpin kamu padahal aku ini bukanlah orang
yang terbaik di antara kamu. Sebab itu jika pemerintahanku baik, maka
sokonglah, tetapi jika tiada baik, maka perbaikilah. Orang yang lemah di antara
kamu adalah kuat pada sisiku hingga aku harus menolongnya mendapatkan haknya,
sedang orang yang kuat di antara kamu adalah lemah pada sisiku, hingga aku
harus mengambil hak orang lain yang berada di sisi nya, untuk dikembalikan
kepada yang berhak semula. Patuhilah kepadaku selama aku patuh kepada Allah dan
RasulNya. Akan tetapi jika aku mendurhakai Allah, maka kamu sekelian tak harus
lagi patuh kepadaku.
Aku
dipilih untuk memimpin urusan ini padahal aku enggan menerimanya. Demi Allah
aku ingin benar kalau ada di antaramu orang yang cekap untuk urusan ini. Ketahuilah
jika kamu meminta kepadaku agar aku berbuat sebagai yang telah dilakukan oleh
Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam sungguh aku tidak dapat
memperkenankannya, Rasulullah adalah seorang hamba Allah yang dapat kurnia
wahyu dari Tuhan, kerana itu baginda terpelihara dari kesalahan-kesalahan,
sedang aku ini hanyalah manusia biasa yang tidak ada kelebihannya dari
seorangpun juga di antara kamu.
Ini
adalah satu pembaharuan dalam pemerintahan yang belum pernah dikenali oleh
rakyat jelata kerajaan Rome dan Parsi yang memerintah dunia barat dan timur
ketika itu. Baginda telah mematuhi manifesto politiknya. Baginda hidup seperti
rakyat biasa dan sangat tidak suka didewa-dewakan. Adalah diriwayatkan bahawa
pada satu masa ada orang memanggilnya, "Ya Khalifah Allah! Baginda dengan
segera memintas cakap orang itu dengan katanya:
"Saya
bukan Khalifah Allah, saya hanya Khalifah RasulNya!
Adalah
diriwayatkan bahawa pada keesokan harinya iaitu sehari setelah baginda terpilih
sebagai Khalifah, Saiyidina Abu Bakar R.A. kelihatan membawa barang
perniagaannya ke pasar. Beberapa orang yang melihat itu lalu mendekati baginda,
di antaranya Abu Ubaidah Bin Janrah. Sahabat besar itu mendekati baginda seraya
berkata, "Urusan Khalifah itu tidak boleh dicampuri dengan berniaga! Lalu
Abu Bakar R.A. bertanya, "Jadi dengan apakah aku hidup, dan bagaimana aku
membelanjai rumah tanggaku? Demikian sedihnya nasib yang menimpa Saiyidina Abu
Bakar R.A. sebab walaupun kedudukannya sebagai Kepala Negara namun belum ada
lagi ketetapan untuk bagi seseorang kepala pemenintah Islam memperolehi gaji
dari harta kerajaan.
Keadaan
ini mendapat perhatian dari para sahabat lalu mereka menentukan tunjangan
secukupnya buat baginda dan buat keluarga baginda yang diambil dari Baitul Mal.
Kemudian itu baharulah Khalifah Abu Bakar meninggalkan usaha perniagaannya
kerana hendak memusatkan seluruh tenaganya untuk mengembangkan agama Islam dan
menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Khalifah. Semasa hertugas sebagai
Khalifah ummat Islam baginda hanya menerima peruntukan sebanyak enam ribu
dirham sahaja setahun iaitu kira-kira lebih kurang 1,200 dolar sahaja setahun.
Peruntukan itu tidak dibelanjakannya untuk keperluan dirinya malahan sebelum
wafatnya baginda telah memerntahkan supaya pendapatannya itu diserahkan kembali
kepada Baitul Mal.
Kebijaksanaan
Abu Bakar R.A. juga ternyata dalam polisinya menyamakan pemberian elaun kepada
orang-orang yang berhak agar mereka tidak dipisahkan oleh jurang-jurang
perbezaan yang jauh agar tidak lahir satu golongan yang mendapat kedudukan yang
lebih istimewa dan golongan-golongan yang lain. Sedangkan baginda sendiri hanya
mengambil sekadar keperluan-keperluan asasi buat diri dan keluarganya.
Sebelum
baginda wafat, kepada Saiyidina Umar Al Khattab baginda telah mewasiatkan agar
jangan menghiraukan jenazahnya nanti bila baginda pulang ke rahmatullah,
melainkan haruslah dia segera mengirim bala tentera ke Iraq untuk membantu Al
Muthanna yang sedang bertempur di Iraq itu. Saiyidina Abu Bakar R.A. tidak lupa
mengingatkan Saiyidina Umar R.A. apa yang dikerjakannya di waktu Rasulullah
wafat dan bagaimana cintanya kepada Rasul dan perhatiannya kepada jenazah
baginda yang suci itu tidak mengabaikannya dan melaksanakan kewajipan biarpun
yang demikian itu amat berat bagi jiwanya. Dengarlah antara lain kata-katanya
kepada Umar Ibnul Khattab R.A.:
"Dengarlah
hai Umar! Apa yang akan kukatakan ini dan laksanakanlah. Aku mengharap akan
kembali ke hadrat Allah hari ini sebab itu sebelum matahari terbit pada esok
hari engkau hendaknya telah mengirim bala hantuan kepada Al Muthanna. Janganlah
hendaknya sesuatu bencana bagaimana pun besarnya dapat melupakan kamu dan
urusan agama dan wasiat Tuhan. Engkau telah melihat apa yang telah ku lakukan
tatkala Rasulullah wafat sedang wafatnya Rasulullah itu adalah satu bencana
yang belum pernah manusia ditimpa bencana yang sebesar itu. Demi Allah,
andaikata di waktu itu aku melalaikan perintah Allah dan RasulNya, tentu kita
telah jatuh dan mendapat siksaan Allah, dan pasti pula kota Madinah ini telah
jadi lautan api.
Dalam
masa pemerintahannya yang singkat Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq yang memerintah
hanya dalam masa dua tahun sahaja itu telah meletakkan asas pembangunan sebuah
pemenintahan Islam yang teguh dan kuat setelah berjaya mengatasi berbagai macam
masalah dalam negeri dengan segala kebijaksanaan dan kewibawaannya. Baginda
telah memenuhi segenap janji-janjinya dan dalam masa dua tahun pemerintahannya
itu telah terbentuk rantai sejarah Islam yang merupakan lembaran-lembaran yang
abadi.
Sungguh
kehidupan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq adalah penuh dengan nasihat, penuh
dengan ajaran serta kenang-kenangan yang indah mulia. Selama dua tahun
pemerintahannya itu baginda telah berjaya menyusun tiang-tiang pokok dan
kekuatan Islam. Baginda telah membangunkan kekuatan-kekuatan yang penting bagi
memelihara kepercayaan kaum Muslimin dan bagi memelihara keagungan Agama Islam.
Bahkan baginda telah mengakhiri riwayat pemerintahan yang dipimpinnya dengan
menundukkan sebahagian daripada negeri Syam dan sebahagian daripada negeri
Iraq, lalu pulang ke rahmatullah dengan dada yang lapang, ketika umur baginda
menginjak 63 tahun. Baginda dikebumikan di samping makam Rasulullah S.A.W. di
Masjid Madinah. Semoga riwayat serta penjuangan baginda menjadi contoh ibadat
yang murni bagi sekelian kaum Muslimin